BAB 1
Sejak dari tadi Azman sering mundar mandir,fikirannya bercelaru memikirkan nasibnya yang sekian lama tidak mendapatkan kerja,keadaanya semakin parah,jika di fikirkan dia bukanlah terlalu memilih kerja,tetapi dia hanya mahu kerja yang sesuai dengan kelayakannya.Adakalanya satu hari dia hanya duduk di biliknya sahaja,dia tidak mahu keluar walaupun untuk menjamah makanan sekalipun.Walaupun pernah di tegur oleh ibunya supaya tidak mengabaikan kesihatannya dan tidak terlalu memikirkan,namun teguran ibunya sedikitpun dia tidak peduli.Dia hampir putus asa,jika di ikutkan sahaja kata hatinya itu mahu sahaja dia malas untuk mencari kerja,dia mahu duduk di rumahnya,tetapi oleh kerana dia tidak tahan dengan leteran ibunya dia terpaksa juga mencari kerja.
Setiap kali dia cuba untuk melarikan diri dari pengetahuan ibunya,tetapi ada sahaja suara yang memanggil dan menyuruhnya mencari kerja.Dia tidak sedar ibunya sedang memerhatikannya.Adakalanya Azizah bersimpati dengan nasib anaknya itu,tetapi dia mahu anaknya itu berusaha.
‘‘Apa nak jadi dengan kau?’’Azizah bersuara menegurnya,ketika itu dia sedang merebahkan dirinya di sofa yang empuk sambil menuntun television,namun dia hanya mendiamkan dan memekakkan telinganya,dia menguatkan lagi suara tv itu,ibunya sangat geram dengan sikapnya,lalu menutup suis television
Azman memandang ibunya dengan pandangan tidak berpuas hati dan terus bangun dari sofa,lantas ibunya menarik tangannya,
‘‘Engkau nak ke mana?’’..
‘‘biliklah’’..selamba sahaja dia menjawab tanpa menghiraukan perasaan ibunya itu,hati ibunya sedikit kecewa dengan jawapan yang di beri oleh Azman.
‘‘duduk dulu Man,ibu belum habis cakap lagi’’ibunya menyuruhnya duduk,ada sesuatu yang ingin Azizah bincangkan dengan anaknya.Azman yang baru sahaja bangun terus sahaja dia duduk semula,dia membatalkan niatnya untuk masuk ke bilik.
‘‘Apa perancangan kau sekarang?’’
‘‘sampai bila kau nak terus macam ni’’ibunya meneruskan lagi kata katanya,dia tidak mahu Azman hanya duduk diam sahaja,sementara itu Azman hanya membisukan dirinya dan menjatuhkan wajahnya ke bawah,dia tidak mahu memandang ke arah wajah ibunya.
‘‘adik dan akak kau semua dah bekerjaya,kau sahaja yang duduk rumah sahaja’’sambung ibunya lagi,ibunya kecewa dengan sikap anaknya.
‘‘cuba kau jadi macam mereka’’..
Kata katanya mati disitu tanpa sebarang jawapan dari Azman,dia sedar tiada guna dia bercakap panjang lebar jika anaknya tidak berbuat sesuatu.
Bukan dia tidak mahu,tetapi nasibnya tidak menyebelahinya,sebelum ini dia pernah juga pergi ke temu duga tetapi apa yang dia dapat hanya jawapan yang sama jawatan yang dia minta tidak layak dengan kelayakannya.Bagi dirinya dia tidak kisah dengan kerja yang di terimanya.
Kini dia hanya berserah sahaja kepada tuhan,agar nasibnya akan berubah,dia seolah olah telah berputus asa.
‘‘Siapa kata Man tidak mahu?’’Azman yang hanya sebentar tadi mendiamkan diri tiba tiba bersuara
‘‘selama ini Man pernah juga mencari,bukannya Man duduk diam,’’dia menyambung lagi kata kata,dan membetulkannya.Azizah terdiam seketika mendengar kata kata anaknya kemudian menyambung lagi,
‘‘habis kau tidak mahu cuba lagi ke?’’...
‘‘Man dah habis usaha,nak buat camne?’’jawapan yang memang tidak menyenangkan ibunya,seolah olah dia malas untuk memikirkan lagi.
‘‘kau tak boleh macam tu,kalau tak sampai bila kau nak berjaya...’’
‘‘Nak seribu daya,tak nak seribu dalih Man,tak kan kau nak tunggu jatuh dari langit’’
Azizah memberi kata kata semangat kepada anaknya,dia tidak mahu usaha anaknya itu hanya sekerat jalan sahaja.Dia mahu anaknya berusaha dengan lebih keras lagi.Dalam fikirannya kata kata ibunya ada benar juga,dia tidak seharusnya berputus asa malah dia harus terus berusaha untuk berjaya.Perutnya tiba tiba sahaja lapar seolah olah mahu di isi,dia mengusap usap perutnya,ibunya memahami isyaratnya itu,
‘‘ibu dah masak tadi,makanan ibu dah sediakan atas meja’’
Azman tersengeh memandang ibunya,mujurlah ibunya sudah masak,kalau tidak dia terpaksa menggoreng telur sahaja untuk dibuat juadahnya.Dia terus ke dapur untuk menjamah makanan.perutnya harus di isi kerana sejak dari tadi dia belum menjamah makanan lagi
Azman mencuci tangannya sebelum menjamah makanan,hari ini ibunya telah memasak lauk kegemarannya,dia perlahan lahan menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
‘‘Makan tu ingat orang belakang,jangan ikut nafsu’’tiba tiba satu suara yang menyinggah di telinganya,dia terus menoleh ke belakang.
‘‘Eh...angah rupanya,bila kau sampai?’’dia tidak menyedari kakaknya sudah pulang dari Kuala Lumpur
‘‘kau kalau makan mana nak perasan orang’’ada sahaja Aizah mengusiknya,dia begitu rapat dengan adiknya,ibunya tersenyum mendengar perbualan mereka berdua.
‘‘baru saja sampai Man...’’
‘‘kenapa tak bagitahu dulu,kalau tak boleh Man jemput’’dia membalas usikkan akaknya itu,namun usikkannya itu tidak berkesan malah kakaknya menambahkan lagi usikkannya,
‘‘kau nak jemput angah naik apa?’’
‘‘kau ada kerata ke?’’usikkan akaknya itu tepat pada hati,dia seolah berkecil hati dengan usikkan akaknya itu sebentar tadi.Dia hanya tunduk soalah olah menyerah dengan akaknya itu,air mukanya berubah,mukanya merah padam.
‘‘Sudah lah tu,jangan bergaduh depan makanan.tak elok!!’’ibunya mencelah,dia cuba meleraikan perbalahan antara mereka,dia tidak mahu mereka bergaduh.Dia tahu apabila Aizah pulang sahaja ke rumah ada sahaja dia untuk mengusik adiknya.Tetapi dia cukup gembira melihat mereka bergurau senda,sekurang kurangnya rumahnya tidak sunyi malah menjadi riuh ditambah dengan gelak ketawa mereka.
‘‘Assalamualaikum’’
‘‘waalaikumsalam’’serentak mereka menjawab salam,mereka kenal benar dengan suara itu,suara yang datang dari seorang lelaki bernama Amri,dia juga adik kepada Azman,
‘‘masuklah Am,mari makan sama sama’’Azizah menyuruh Amri masuk,Amri membuka sepatunya dan melangkah masuk ke dalam rumah,
‘‘makanlah dulu,Am nak mandi,lagipun badan dah melekit ni,dah berbaupun’’...
‘‘patutlah bau semacam saja’’sempat lagi Azman mengusik adiknya,sedangkan dia pantang di usik sedikit sudah mula nak merajuk.
‘‘Diamlah kau,cakap orang,tapi dia tu lagi teruk!!...’’dia memandang abangnya dengan wajah yang geram,perasaannya seakan tersentuh.Azman ketawa kecil kemudian Aizah dan Azizah turut ketawa melihat telatah Amri.
‘‘Sudahlah tu Man.jangan kau usik adik kau,bagilah dia berehat dulu’’
‘‘kau pergilah mandi Am’’Amri terus sahaja masuk ke biliknya dan segera mencapai tualanya.selesai sahaja mandi,dia terus ke dapur,hatinya lega kerana abangnya sudah tiada di situ.dia terus membasuh tangan dan menyuapkan makanan kedalam mulutnya,dia kelihatan begitu lapar,makanan disuapnya dengan lahab.
‘‘woi!!’’...satu jeritan menyinnggah di telinganya,tersembur makanan di mulutnya,mukanya merah.
‘‘makanlah perlahan lahan,kan dah tersedak,’’...
‘‘agak agaklah makan tu,orang lain lapar juga,tapi tak ada macam kau!!’’Azman tergelak melihat adiknya,Aiza turut tergelak apabila menyedari Amri diusik abangnya,Azman memang suka mengusik adiknya,dia pantang bila adiknya pulang ke rumah,ada sahaja usikanya.
‘‘Ibu..........!!’’
‘‘tengok abang ni....!!,’’dia memanggil ibunya dan ingin mengadu,Amri memang manja dengan ibunya bebanding abang dengan kakaknya yang lebih rapat dengan ayahnya.
‘‘Man...!!’’
‘‘kau nak kena dengan ibu ke?’’...
‘‘dah berapa kali ibu bagitahu,jangan usik adik kau’’ibunya memberi amaran kepadanya suapaya tidak mengusik adiknya lagi,
‘‘gelojoh sangatlah dia makan, ibu...’’
‘‘biarla dia,dia laparlah tu...’’ibunya tahu adikya lapar,jika tidak adiknya makan sebegitu rupa
‘‘kau lapar ke....?’’dia menggelengkan kepala melihat adiknya makan dan hairan melihat adiknya makan dengan gelojoh,
‘‘ya lah’’dia menjawab dengan nada marah,dia tidak senang di perlakukan begitu ketika sedang makan.Azman membiarkan adiknya di dapur dan terus menuju ke biliknya
BAB 2
Jam sudah menunjukkan pulul 8.00 malam,Hazri masih belum pulang lagi,biasanya waktu begini mereka sekeluarga makan bersama sama,perasaan bimbang menghantui diri Azizah,dia tidak senang duduk,bimbang sesuatu yang terjadi pada suaminya,biasanya jika dia pulang lewat dia akan bagitahu,tetapi tiada sebarang berita yang dia terima,lantas dia mencapai telefonnya dan mendail nombor suaminya,
‘‘Assalamualaikum...,’ada suara yang memberi salam di talian itu,suara itu dia kenal sangat.dia berasa lega kerana suara itu datangnya dari suaminya,
‘‘waalaikumsalam....,’’dia menjawab soalan suaminya,wajahnya kembali ceria,mujurlah suaminya yang jawab
‘‘Abang dekat mana ni...?,’’
‘‘ tempat kerjalah,abang ada meeting....,’’
‘‘abang tak sempat nak bagitahu tadi...,sorry sayang,’’,dia tahu isterinya risaukan dia,memang silap dia kerana tidak bagitahu,tetapi bukan dia sengaja membuat isterinya sebegitu rupa.Perasaan serba salah menyelubungi dirinya.
‘‘abang dah makan belum..?,lauk dah habis tau,budak budak dah makan,’’
‘‘belum lagi sayang,tak apalah,sekejap lagi abang balik,abang makan luar sahaja,’’perasaan kesian tiba tiba hadir dalam hatinya bila mengenangkan anak anaknya,dia solah olah mengalah dengan anaknya.Perbualannya di hentikan disitu,telefonnya di letak dengan cermat kemudian dia terus ke ruang tamu untuk menunggu suaminya pulang.Suis television di hidupkan,siaran demi siaran ditukar.dia melihat jam di dinding rumahnya menunjujkan pukul 8.30 malam,matanya sudah mula mengantuk,namun dia cuba menguatkan diri agar tidak tertidur.Akhirnya dia tertewas juga,dia terlena dan terhanyut dibawa mimpi.sementara anak anaknya pula masing masing hanya duduk di dalam bilik.Belum puas dia di hanyutkan oleh mimpi kedengaran bunyi sebuah kereta masuk ke kawasan rumahnya,lantas dia bangun dan membuka pintu.Dia mengamati kereta itu dengan pandangan yang kabur,kelihatan samar samar sahaja.
Dia menggosok gosok matanya,dia ingin tahu siapa yang keluar dari perut kereta itu,mujurlah suaminya baru sahaja pulang.Hatinya agak senang bila melihat suaminya sudah pulang.
‘‘banyak kerja ke abang?’’...
‘‘ya lah,lepas tu last minite baru bos bagitahu ada meeting...’’
‘‘itu yang tak sempat nak bagitahu....’’dia menerangkan keadaan sebenar,dia tidak mahu isterinya tertanya tanya
Azizah hanya tersenyum sahaja,lantas menghulurkan tangan dan bersalaman dengan suaminya.dia mencium tangan suaminya
‘‘Zah dah siapkan air untuk abang...’’
‘‘tapi mungkin dah sejuk,sebab Zah buat masa pukul 8.00 tadi...’’suaminya memandangnya dengan wajah yang tenang,dia hanya tersenyum melihat isterinya,sekurang kurangnya hilang sedikit penatnya.
‘‘budak budak mana?’’dia begitu hairan melihat waktu begini sudah sunyi sepi,biasanya waktu beginilah anak anaknya sibuk menonton televesion.
‘‘ada dalam bilik tu....,dah tidurlah tu agaknya...’’
Hazri hanya tersenyum sahaja,dia mencapai gelas yang terletak di atas meja,dia merasa sedikit air itu,mujurlah air itu tidak sejuk,hanya sedikit sahaja.Dia meneguk air itu dengan perlahan lahan,kemudian dia menuju ke bilik anaknya,seorang demi seorang di jenguknya,ternyata mereka sudah di bawa oleh arus mimpi.Hatiya sungguh senang bila melihat anaknya semua sudah pulang,dia kembali ke ruang tamu untuk menuntun television,tetapi matanya tidak tahan lagi,badanya terlalu letih,dia terpaksa membatalkan sahaja niatnya dan terus menuju ke biliknya.Sampai sahaja di biliknya dia melihat isterinya juga sudah dihanyutkan oleh mimpi.Namun dia masih belum tidur lagi walaupun matanya sudah tidak larat untuk buka,tetapi dia menahannya,fikiranya ligat berpusing memikirkan tentang Azman.
Tiba tiba Azizah terjaga dari tidurnya,dia memandang suaminya dengan kehairanan,dia tidak memahami apa yang suaminya fikirkan,
‘‘abang belum tidur lagi,apa yang abang fiirkan?’’....
‘‘ntahla sayang,hati abang rasa macam lain sahaja’’dia merasakan ada yang kurang pada anaknya,dia ingin memberirahu perkara yang sebenarnya kepada isterinya tetapi hatinya seolah olah tidak mengizinkannya untuk membicarakan.
‘‘Sayang tidurlah dulu,jangan risau key’’dia cuba menenangkan isterinya,dia tidak mahu isterinya mengesyaknya sesuatu.
‘‘ya lah,sayang tidur dulu tau’’Azizah kembali menyambung tidurnya dan meninggalkan suaminya keseorangan.
Akhirnya dia terteawas juga,dia terlena dan di hanyutkan mimpi setelah lama dia befikir,malam terus meninggalkannya dan menunggu fajar muncul menjelang pagi
BAB 3
Dentuman guruh dan kilat sambar menyambar membuatkan Azman terjaga dari tidurnya,lantas dia segera bangkit dari katil dan memembuka tingkap biliknya untuk melihat permandangan dilauar,hujan turun denagn lebat seperti tidak mahu berhenti.Pagi itu dia bercadang untuk pergi ke bandar tetapi dia membatalkan kerana keadaan tidak mengizinkannya,dia menukar rancangannya pada waktu petang.Dia mencapai tualanya dan segera menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya
Selesai sahaja dia terus keluar dari biliknya dan menuju ke dapur.Semua sudah menunggunya sejak dari tadi lagi.
‘‘Cepatlah sikit jalan tu,aku da lapar ni..!!’’adiknya sudah lapar,perutnya mahu di isi,sikap adiknya itu telah mencuri perhatian ayahnya,dia tidak sedar ayahnya memerhatikannya,
‘‘cuba kau bersabar sikit,makanan tak lari ke mana...’’ayahnya menegur adiknya,sikapnya tidak ubah dari dahulu.Amri hanya menunduk sahaja
Azman mempercepatkan jalannya walaupun badannya terasa agak lemah dan duduk di sebelah adiknya,merekapun bersarapan bersama.
‘‘Ayah tak kerja ker?’’dia hairan melihat ayahnya yang berpakaian biasa tidak seperti hari sebelumya
‘‘Man rasa ayah kerja ke tidak?’’sengaja ayahnya memberi soalan itu kepdanya.Azman hanya tersenyum sahaja,dia menyuap makanan dengan perlahan lahan.Matanya tertumpu pada adiknya yang sedang makan tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya
‘‘Ayah cutilah abang....’’adiknya tiba tiba bersuara,jika dari tadi dia hanya lebih suka mendiamkan diri,kini dia berkata kata.
‘‘ada suara rupanya,ingatkan tak ada tadi...’’dia tergelak kecil,sempat lagi dia mengusik adiknya.Jika satu hari dia tidak mengusik adiknya memang tidak sah.Adiknya menjelingkan matanya ke arahnya.
‘‘Sudahlah tu,depan rezekipun kau nak bergaduh....’’ibunya menggelengkan kepalanya melihat kelakuan mereka yang tidak ubah seperti anjing dan kucing.
Mujurlah hari ini ayahnya tidak bekerja,sekurang kurangnya bolehlah dia mengajak ayahnya untuk ke bandar.Hatinya begitu senang.Wajahnya kembali ceria.
‘‘Ayah tak ada nak pergi mana mana ker?’’
‘‘tak tahu lagilah,tengok keadaan,kenapa?’’
"ingatkan nak ajak pergi bandar..’’dia bercadamg mengajak ayahnya pergi ke bandar,dia berharap agar ayanhya bersetuju dengan cadangannya.
‘‘memang kami bercadang mahu ke bandar’’kakaknya yang hanya dari tadi menjadi pendengar yang setia tiba tiba menyuarakan cadangannya.
‘‘Am nak ikut ayah’’ada sahaja suaranya menyampuk,dia memang suka berjalan pantang dia bila di ajak berjalan.
‘‘siapa nak ajak kau?’’pantang sahaja dia mendengar suara adiknya,mesti ada sahaja usikkannya.Ibunya menjeling ke arahnya dengan jelingan yang tajam,dia faham dengan isyarat ibunya kemudian dia terdiam.
‘‘kalau nak ikut,siaplah awal,lambat ayah tinggal’’mereka tergelak kecil apabila ayanhya mengusik Amri,memang dialah didalam keluarganya yang paling lama kalau bersiap,mengalahkan perempuan,
‘‘lepas solat dzohor kita akan bertolak’’.
Selesai sahaja mereka bersarapan,masing masing terus ke ruang tamu untuk menonton television,suasana di rumah itu sangat meriah,masing masing tidak melepas peluang melepaskan rindu pada keluarga,masing masing menonton siaran kegemaran mereka iaitu siaran bola sepak.Azizah juga turut tumpang sekaki bersama mereka.
‘‘GOLL!!!!....’’mereka bersorak apabila salah seorang daripada pasukan kegemaran mereka menjaringkan gol,Sorakkan mereka memecahkan suasana didalam rumah itu.
BAB 4
Keadaan di jalan yang menuju ke bandar Batu Pahat agak sibuk,dengan kenderaan yang berat seperti lori dan bas membuatkan jalan menjadi sesak,di tambah pula dengan kerja mengubah suai jalan,namun keadaan itu tidak sedikitpun mematahkan hajat mereka untuk ke bandar,perjalanan diteruskan sehinggalah mereka sampai ke sebuah bandar yang tersegam,diatasnya tertera perkataan SUMMIT.
Hujan masih lagi turun,tetapi tidak selebat pagi tadi,langit sedikit demi sedikit kembali cerah.Kali pertama Azman menejakkan kakinya di bandar SUMMIT,dia begitu kagum dengan bangunan itu.Sebelum ini dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke situ.
‘‘Besar juga bangunan ini...’’
‘‘ini baru di Batu Pahat,kalau kau pergi ke KL ,mungkin kau tersesat agaknya’’...akaknya sempat lagi mengusiknya.namun usikkannya tidak di hiraukan,keghairahannya membuatkan dia terlupa untuk pergi ke tempat yang di rancang.namun niatnya di abaikan sahaja
Masing masing tidak mahu ketiggalan untuk membeli belah di situ,kecuali Azman,dia tidak mempunyai wang tidak seperti adik dan akaknya,mereka sudah tentu mempunyai wang yang banyak kerana mereka suadah bekerjaya.
‘‘Kau tidak beli apa apa ke?’’
‘‘tidak ayah...’’dia menggelengkan kepalanya dan mengeluarkan poketnya yang kosong,ayahnya tegelak bila melihatnya berkelakuan seperti keanak anakkan.Dia menarik muka,bukan ayahnya tidak mahu memberinya wang untuk berbelanja tetapi ibunya ada di sisi ayahnya.
‘‘Man mari sini sekejap,kau tak beli apa apa ke?’’baru sekejap tadi ayanhya menanyakannya,tetapi kali ini akaknya pula.Dia hanya menggelengkan kepalanya,
‘‘tak apa Man,hari ini akak belanja kau,tapi nanti bila kau dah senang jangan pula kau luapa akak...’’akaknya bersimpati dengan nasibnya.akaknya begitu baik dengannya,tidak mungkin dia boleh melupakan akaknya.Azman tersenyum,dia gembira kerana akaknya sudi belanjanya
‘‘kau nak beli apa Man?’’
‘‘Man ingat nak beli bajulah kak’’dia menjawab dengan nada yang perlahan
‘‘mari akak tunjukkan tempatnya’’...Aiza membawa adiknya ke sebuah kedai menjual baju.Disitu terdapat berbabagai bagai baju yang di jual.
‘‘ya kak,mari mari,banyak baju murah saja’’keramahan lelaki yang bekerja di situ membuat semua pelanggan yang datang disitu menyenanginya ternasuklah mereka berdua,kepandaiannya memikat hati pelanggan juga membuatkan membuat sesiapa saja yang berkunjung di situ tidak jemu untuk membelinya.
Mata Azman tiba tiba tertumpu pada sehelai kemeja polos bewarna hitam sesuai jika di padankan dengan seluar panjang bewarna hitam atau biru.Dia cuba membayangkan baju itu dengan seluarnya di rumah.
‘‘cantiklah baju ni..’’
‘kau suka baju ni ke?’’
‘‘cubalah pakai’’...akaknya tersenyum melihat adiknya yang dari tadi membelek baju itu,dia menepuk nepuk bahu adiknya.
‘‘tapi.....’’kata katanya tersekat di situ,dia tidak mampu lagi untuk berkata apa apa.akaknya terlalu baik untuknya,walaupun adakalanya akaknya suka mengusik tetapi dalam diam kakaknya begitu baik.
‘‘Pandai kau pilih...’’Aiza memuji adiknya,walaupun adiknya baru pertama kali menjejakkan kaki di bandar,dia sudah pandai memilih baju yang sesuai dan cantik.
‘‘cantik juga baju yang kau pilih’’...
‘‘tapi kak,harganya pun cantik’’...perasaan serba salah bimbang bercampur takut lebih kuat menakluk dirinya dari keinginannya.Harga baju itu terlau mahal baginya,namun kakaknya tetap mahu membelikan.
‘‘Apa salahnya sekali kala adik akak seorang ni nak rasa baju mahal’’dia hanya tersenyum melihat kakaknya.
Setelah lama mereka berada di situ,merekapun mula beransur pulang,jalan disitu tidak lagi sesak,mereka pulang dengan hati yang girang,masing masing pulang dengan tangan yang berisi,hari hampir senja fajarpum mulai tenggelam,burung burung pulang ke sarangnya,menantikan malam yang akan muncul.
Keletihan mula terasa pada diri mereka,mereka tidak sabar untuk sampai kerumah untuk melepaskan kepenatan yang tidak terhinnga,tidak pernah mereka alami seperti itu.
BAB5
Malam itu agak dingin,angin sepoi bahasa bertiup menyusuk menembusi liang tubuhku,permandangan malam itu memang indah dengan sinaran bulan yang meneranagi malam,kerlipan bintang bintang membuatkan dia terpesona.
Dia duduk di sebuah kerusi di depan rumahnya yang usang hanya menunggu masa akan reput,dia termenung memikirkan masa depannya adakah dia akan terus begini?.Persoalan yang bermain main didalam dirinya membuatkan dia tidak tentu arah,berbagai bagai masalah akan timbul jika dia terus hidup begini.
Jika dahulu dia hanya bergantung kepada ibu dan ayahnya,kini dia berazam untuk berdikari sendiri,tidak mahu lagi mengharapkan ibu dan ayahnya.Tiba tiba fikirannya melayang mengigatkan pelawaan akaknya untuk bekerja di tempatnya.
‘‘Jauh kau termenung?’’
‘‘dah sampai mana?’’...lamunannya terhenti dan lenyap di bawa angin malam,akaknya yang sedang memerhatikannya segera menyedarkan dari membuang masa dengan termenung.
‘‘Apa yang kau fikirkan?,cuba bagitahu akak?’’....Aiza dapat merasakan sesuatu pada diri adiknya dan ingin mendapatkan kepastian.
‘‘Eeer....tak ada apa apalah’’....dia cuba menyembunyikan sesuatu daripada akaknya.
‘‘okey...tak nak bagitahu...’’sengaja Aiza membiarkan dia menjadi serba salah.Dia berlalu meninggalakn adiknya sendirian di luar,dia tahu Azman akan memberitahunya juga.
Akaknya terus sahaja masuk ke dalam rumah,dia masih di luar hanya memikirkan tentang dirinya,dia tahu bukan semudah yang dia sangka untuk menerima pelawaan akaknya itu,sudah jauh dia termenung,dirinya seakan akan melayang layang mengikut arus angin yang bertiup,namun fikirannya masih buntu,masih lagi tidak dapat membuat keputusan.fikirannya memikirkan jika dia terlambat peluang ini akan terlepas di tangan orang lain.
Masa berlau meninggalkan dia yang masih terkontang kanting mencari jawapan.Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata,fikirannya masih lagi berserabut.sejurus itu dia melangkah masuk terus menuju kebiliknya,dia duduk di katilnya hanya ditemani dengan bunyi cengkerik yang hanya membingitkan telinga.
Langsir di tingkapnya itu melayang layang apabila ditiup angin yang deras,sengaja dia tidak menutup tingkap di biliknya,angin yang menderu meniup terus sahaja menusuk menembusi tubuhnya,membuatkan dia berasa tenang sedikit.
Pelawaan akaknya itu di fikirkannya dalam dalam,bukan semudah itu untuk dia membuat keputusan,sekeping kad yang diberikan akaknya direnungnya,ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajiannya.ketika itu dia merupaka antara pelajar yang tebaik.Matanya terkebil kebil ditiup angin yang bertiup.
Sementara itu Aiza masih belum tidur ,dia berada di ruang tamu sedang menyiapkan tugasannya.Sejak dia dinaikkan pangkat sebagai orang yang kedua penting dalam syarikatnya,semakin banyak kerja yang harus dia siapkan,menyebabkan dia terpaksa menyambung kerjanya di rumah.
Kakaknya sangat rajin bekerja,tidak hairanlah jika dia di naikkan pangkat walaupun baru berapa bulan dia bekerja di situ.
Salakkan ayam membuatkan dia sedar dari lamunannya,dia melihat jam di dinding biliknya sudah pukul 2.00 pagi.Begitu cepat masa berlalu meninggalkannya.Malam telah lama meninggalkannya sehiggakan dia tidak menyedari pagi telah muncul.Kad yang di pegang di simpan dengan kemas di dalam dompet.Dia cuba memejamkan matanya dia tidak berdaya lagi untuk memikirkan perkara itu.
Dia sudah mengambil keputusan untuk menerima pelawaan akaknya,cuma dia belum bersedia lagi untuk berterus terang dengan akaknya.Sebelum melelapkan mata dia berdoa agar di berikan keyakinan kepada dirinya.
Dia bangkit dari katil menuju ke bilik air untuk membasuh kakinya,dia merebahkan dirinya dan dia hanyut di bawa arus mimpi.
BAB 6
Minggu hadapan Aiza akan pulang semula ke Kuala Lumpur,tugasnya terlalu banyak menanatinya di pejabat,bagi dirinya selagi tugasnya tidak siap selagi itulah hatinya tidak tenang.Biarpun dia bersengkang mata sekalipun,dia akan tetap menyiapkan kerjanya.
Mujurlah barang barangnya telah di siapkan lebih awal,hatinya berasa senang kerjanya sudah di siapkan lebih awal supaya dia tidak kelam kabut.
Dia duduk di sebuah kerusi malas yang usang ,menggoyang goyangkan hayunan yang seakan membuat dia terlelap sebentar,angin yang bertiup menghebus lembut menembusi ruang tubuhnya,pokok pokok yang menghijau mendamaikan suasana,menyejukkan mata yang memandang,daun daun yang gugur jatuh,fikirannya telah jauh pergi meninngalkannya,wajah arwah abang kandungnya terbayang.
Ketika itu diamasih bersekolah lagi, umurnya dalam lingkungan 13 tahun,dia masih dibawah jaggan ibunya,kemalangan ngeri menimpa Aidil,abang sulungnya,ketika itu mereka sedang pulang dari sekolah bersama,abangnya telah dilanggar oleh sebuah bas yang mengakibatkan kecederaan yang teruk pada bahagian kepalanya dan akhirnya abangnya menghembuskan nafas yang terakahirnya .Air matanya mula mninitik mengalir di pipinya,dengan cepat dia mengambil sapu tangannya dam mengelapnya,dia tidak mahu sesiapa tahu .lamunan terhenti disitu,ibunya yang sedang memehatikannya sejak dari tadi.
‘‘kalau nak tidurpun,jangan kat sini.pergilah masuk bilik.....’’
‘‘Eeer....yelah....’’tersekat sekat kata katanya di tekaknya,dia sedikit gelabah apabila di tegur ibunya,mukanya merah.
‘‘Fuhh,nasib baikla ibu tidak perasan...’’dia menarik nafas lega kerana ibunya tidak menyedari ketika itu air matanya sedang mengalir di pipinya,jika ibunya tahu dia akan susah hati,sebab itulah dia tidak mahu sesiapa tahu.
Dia bingkas bangun dari kerusi itu dan menuju ke dapur,dia mencapai sebuah gelas dan menuanag air kedalamnya,dia meneguk air itu dengan lajunya,dia tesedak kerana terlalu laju dia meneguk air itu.
‘‘perlahan lahanlah minum air tu...’’
‘‘ermmmm...’’nafasnya tersekat lagi,tetapi kalini bukan kerana di tegur oleh ibunya,tetapi kerana terlalu gelojoh dia meneguk air.
‘‘ibu,Azman mana?..’’dia dapat mersakan sesuatu yang tidak kena,sejak daritadi dia tidak mendengar suara adik kesayangannya itu,
‘‘tidur lagi,ada dalambilik tu...’’spontan ibunya menjawab,dia faham sangat dengan perangai Azman.
Dia melangkah menuju ke bilik adiknya,perlahan lahan dia membuka pintu bilik,Azman masih lagi terlentang di atas katil,dia sedang berada di alam mimpi,dia tergelak kecil.dengkuran Azman membuatkan hatinya bagai di geletik.namun gelaknya membuatkan Azman terjaga dari tidurnya.
‘‘bangunlah Man...’’
‘‘matahari dah terpacak,kau masih membuta sahaja...’’tegas Aiza menyuruh adiknya bangun.Dia lantas duduk berseelahan Azman dan menolak nolak nya.
‘‘Apa ni?,tolak tolak orang...’’dia tidak menyenangi di perlakukan begitu,lantas dia bangkit dan menuju ketingkap biliknya dan membuka.Sungguh nyaman permandangan,matahari besinar menyinari alam,burung burung berkeliaran mencari makanan,tetapi dia sorang sahaja yang baru sedar dari alam mimpinya.
Badannya terasa agak lemah kerana terlalau lama dia tidur,tetapi dia gagahkan juga dirinya untuk bangun dan segera mencapai tualanya ,Aiza yang dari tadi duduk di katil adiknya segera keluar dari bilik itu apabila mennyedari isyarat yang Azman tunjukkan.
Langkahnya lemah longlai ,dia seperti tiada tenaga,mugkin disebabkan dia belum menjamah makanan walauupun sesuap nasi.Dia keluar dari biliknya menuju ke dapur.
‘‘Selamat tengah hari!...’’serentak mereka mengucapkan salam tengah hari dengan tujuan mengusik Azman namun usikan bagai tiada erti baginya.Tergelak mereka melihat telatahnya namun dia tidak memahami sebab mereka ketawa,apa yang dia yahu hanyalah dia sudah lapar,perutnya harus di isi.
Matanya masih lagi tertutup seakan tidak membenarkan dia membukanya mugkin kerana dia masih mengantuk,fajar pagi hampir menjelmakan diri.
BAB 7
Kehidupan baru aku di kuala lumpur membuatkan aku kekok dengan keadaan sekeliling,namun aku cuba membiasakn diri aku dengan Susana seperti itu,makuimlah aku berasal dari kampung.Pertama kali aku menjejakkan kaki aku di sebuah bandar yang serba moden dengan di penuhi perkhidmatan awm yang lengkap,sekali kala akau teringat pada keluarga aku di kampung,entah bagaimanalah diorang di kampung, sihat atau tidak?,pertanyaan itu berlegar di benak fikiran ku seperti tiada jawapan,
“Esok aku da mula kerja”,
“Jawatan apa yang aku terima,akupun tak tahu,terima jalah”
“malas pula aku nak tanya,”.
Dalam keadaan macam ni memang malas aku nak ambil kisah,dah dapat kerja dengan akak aku kira “ okey”lah ,daripada aku duduk umah sorang,bosan pula rasanya
“kring,kring”
Fikiran aku yang tadi melayang di hanyutkan oleh bayangan aku di kampung tiba tiba lenyap apabila telefon berdering,aku yang sejak dari tadi berada di serambi rumah melangkah masuk ke dalam .
Perlahan lahan aku mengangkat telefon yang berbunyi.
“assalamualaikum”,suara perempuan memberi salam.aku kenal sangat ngan suara itu.
“waalaikum salam,ibu,”,dia menjawab salam dengan nada keriangan,terpancar wajah keriangannya.bergenang air mata rindunya terhadap ibunya di kampung,wajah ibunya terbayang wajah ibunya di mata.
“Man sihat?”,dah lama ibu tak dengar khabar tentang korang,dah tak ingat kat ibu ker?”,sekali lagi air matanya keluar,tersentak perasaannya dengan pertanyaan ibunya,dia terdiam seketika untuk menenangkan dirinya sendiri.
“bukan macam tu,Man rindu sangat kat ibu,tapi keadaan yang tak mengizinkan untuk Man berhubung dengan ibu,nipun akak baru pasang telefon kat umah,Man baru jer nak telefon ibu”,
Kali ini ibunya pula yang terdiam,
“maafkan Man bu,Man tak berniat nak menyinggung hati ibu,”
“akak kau sihat”Azizah sengaja menanyakan soalan yang lain agar Azman tidak lagi memikirkan perkara itu lagi
“akak sihat,dia kerja sekarang,”
“kau tak kerja ke?”,
“esok baru start kerja bu,”
“baguslah camtu,ni ibu nak bagitahu kau,minggu depan ibu nak dating KL,”
“Ha!!,baguslah macam tu,nanti Man tanya akak nak pinjam kerteta dia.”
“ermmm...,kalau camtu kau tanya tanyakanlah aiza tu yer,
“okey Ibu”
“Assalamualaikum”,
“Walaikum salam”...
“Tooot,toooot,”,talian mati di situ,wajah Azman kembali bersinar,dia tidak lagi bersedih,akhirnya rindunya terhadap keluarganya di kampung terubat juga apabila dia mendapat tahu ibunya ingin datang pada minggu depan,bukan dia tidak mahu pulang ke kampung,tetapi memandangkan dia baru seminggu di kuala lumpurdan kerja pun baru esok mula jadi terpaksa dia membatalkan hajatnya untuk pulang di kampung.
perasaan gembiranya terpancar di sebalik wajahnya,dia tdak sabar menunggu akaknya pulang dari kerja.dia dapat rasakan akaknya akan turut gembira bila dapat tahu ibunya akan datang pada minggu hadapan
Bab8
Petang itu aiza pulang agak lewat sedikit tidak seperti hari lain,mungkin kerana dia terlalu banyak kerja untuk di selesaikannya,
“baru balik kak?",Azman menegur akaknya,tetapi aizah hanya tersenyum melihat adiknya,kepenatan telah kelihatan di wajah aizah,kakinya melangkah dengan lemah seakan akan tidak berdaya,lantas dia terus menuju ke biliknya,sementara azman pula hanya memandang akaknya,perasaan kesian menyelubungi dirinya terhadap akaknya,niatnya untuk memberitahu akaknya yang maknya akan datang pada minggu hadapan di tangguhkannya dan hanya menunngu waktu malam sahaja.
Malam itu selesai sahaja solat,mereka berdua makan bersama,aizah memandang wajah adiknya dengan pandangan yang tajam sehingga adiknya hairan kerana dia dilihat dengan sebegitu rupa,
“err..."
“kenapa akak pandang man macam tu,..?aizah hanya tersenyum sahaja memandang adiknya,
“akak tengok kau ni macam ada sesuatu ja nak bagitahu..?"
“tak baik tau kau simpan simpan.."
“emmm..."
takperla kak,nantilah Man bagitahu..."
Selesai makan merekapun duduk di atas sofa yang lembut sambil menuntun tv,
“haa!,tadi man cakap nak bagitahu sesuatu,",belum sempat azman duduk akaknya telah bersuara,
“akak ni,sabarlah,bagilah man duduk dulu",
“okey,akak nak beriata baik ker buruk??",sengaja Azman mengusik akaknya.
“emmm,Man bagitahu akak yang baik dulu,"
“okey,yang baiknya minggu depan ibu nak datang sini,"
“yeker Man?",
“baguslah camtu,"
“akak,man rasakan nak pergi tandas sekejaplah akak,"
“laa,kau cakap tadi nak bagitahu yang buruknya,"
“nantilah kak,man dah tak tahan ni,"aiazah hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah adiknya,belum sempat dia nahu bertanya berita yang lagi satu adiknya terus masuk ke dalam tandas.
keluar sahaja Man dari tandas,aizah bersuara,"
“haa,cepatlah bagitahu yang lagi satu,"
“itulah tadi,aku sakit perut,"
“HAHAHAHA!,gelak besar azman,suka dia dapat mengusik akaknya,semntara aizah pula hanya memandang azman dengan pandangan yang sinis,lantas tangannya capai di peha Azman.
“ADOOOI!!,jeritannya yang kuat telah memecahkan sepi di malam itu,Azman yang asik ketawa besar kni menjerit kesakitan apabila pehanya di cubit oleh akaknya.
“sakitlah akak,"
“padan muka kau,sapa suruhh mainkan akak."
kkermudian mereka sambung menuntut telivisyen,rancanagn drama di tv3 telah menjadi rancangan pihan mereka malam ini,oleh kerana siara langsung bola sepak tiada malam ini,mereka menggantikan denagn siaran drama.Tetapi oleh kerana mata mereka yang menguasai,mereka telah terlena dan dihanyutkan oleh deras mimpi.
Tepat kul 12 malam Azman terjaga dari lena,lantas mengejutkan aizah yang terbaring di sofa untuk menyuruhnya tidur di bilik.
suasana pada malam itu hujan turun dengan lebat,angin yang menderu mniup di celahan tingkap menyebabkan bunyinya seperti orang bersiul,dan telah menyebabkan juga mereka terlena di situ,mujurlah Azman terjaga.